Renungan

Jumat, 30 September 2011

Air dan Bangkai Laut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فِي اَلْبَحْرِ: - هُوَ اَلطُّهُورُ مَاؤُهُ, اَلْحِلُّ مَيْتَتُهُ - أَخْرَجَهُ اَلْأَرْبَعَةُ, وَابْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَاللَّفْظُ لَهُ, وُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ وَاَلتِّرْمِذِيُّ ورواه مالك والشافعي واحمد

Artinya : Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda tentang laut, "Airnya menyucikan dan halal bangkainya."

(Dikeluarkan oleh imam yang empat, lbnu Abi Syaibah dan ini adalah lafazh miliknya dan oleh Ibnu Khuzaimah dan at Tirmidzi. Juga diriwayat oleh Malik, asy-Syafi'i dan Ahmad)[1]

Kualitas Hadits

Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ menjelaskan bahwa bahwa hadits ini adalah shahih. Malik telah meriwayatnya dalam al-Muwataha’ dan juga telah diriwayat oleh Syafi’i, Abu Daud, Turmidzi, al-Nisa-i dan lainnya. Bukhari juga telah menyebut dalam kitab bukan Shahihnya bahwa hadits ini adalah shahih. Demikian juga Turmidzi mengatakannya sebagai hadits hasan shahih.[2]

Asbabul Wurud Hadits

Ahmad, Hakim dan Baihaqi telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., berkata :

كنا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما ، فجاء صياد فقال : يا رسول الله إننا ننطلق في البحر نريد الصيد ، فيحمل أحدنا معه الأداوة وهو يرجو أن يأخد الصيد قريبا ، فربما وجده كذلك ، وربما لم يجد الصيد حتى يبلغ من البحر مكانا لم يظن أنه يبلغه ، فلعله يحتلم أو يتوضأ ، فإن اغتسل أو توضأ بهذا الماء ،فلعل أحدنا يهلكه العطش.فهل ترى في ماء البحر أن نغتسل به أو نتوضأ به إذا خفنا ذلك ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " اغتسلوا منه وتوضئوا فإنه الطهور ماؤه الحل ميتته

Artinya : Pada suatu hari, kami bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datanglah sekelompok nelayan, berkata : “Ya Rasulullah, kami berlayar di laut mencari ikan, salah seorang dari kami membawa perbekalan dengan mengharapkan mendapatkan ikan pada lokasi yang dekat. Kadang-kadang memang didapatinya, tetapi kadang-kadang tidak didapatinya sehingga sampai pada suatu lokasi yang tidak diduga akan sampai. Pada saat itu, terkadang ada yang bermimpi atau berwudhu’, lalu jika mandi atau berwudhu’ dengan air ini, maka kemungkinan salah seorang dari kami celaka karena haus. Maka apa pendapatmu mengenai air laut seandainya kami mandi atau berwudhu’ dengannya apabila kami kuatir yang demikian itu ? Pada ketika itu, Rasulullah SAW bersabda : “Mandilah dan berwudhu’ dengannya, sesungguhnya air laut itu menyucikan serta halal bangkainya.”[3]

Al-Ahkam

1. Berdasarkan hadits di atas, air laut termasuk dalam katagori air suci lagi menyucikan (air mutlaq)

2. Tidak terjadi perbedaan pendapat para ulama mengenai kehalalan hewan laut yang dinamai dengan ikan, namun mereka berbeda pendapat mengenai hewan laut yang tidak berbentuk ikan pada umumnya. Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’, mengutip keterangan Qadhi Abu Thaib dan lainnya, mengatakan bahwa telah terjadi perbedan pendapat mengenai hukum makan hewan laut yang tidak berbentuk ikan pada umumnya dalam tiga pendapat, yaitu :

1). Pendapat yang lebih shahih di sisi sahabat Syafi’i, yaitu halal semuanya. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Syafi’i dalam al-Um, Mukhtashar al-Muzni dan Ikhtilaf al-Iraqiyun. Alasannya, nama ikan mencakup semua hewan dalam laut. Allah SWT berfirman :

حل لكم صيد البحر وطعامه

Artinya : Dihalalkan bagimu perburuan laut dan makanannya (Q.S. al-Maidah : 96)

Ibnu Abbas dan lainnya berkata :

Perburuan laut adalah hewan yang diburu, sedang makanannya adalah sesuatu yang dimuntahnya (makanan yang berasal dari laut)”.

Alasan yang lain adalah berdasarkan sabda Rasululullah SAW :

“Air laut itu menyucikan serta halal bangkainya.”

2). Haram, ini merupakan mazhab Abu Hanifah

3). Hewan laut yang dimakan semisal dengannya di darat seperti lembu, kambing dan lainnya adalah halal. Sedangkan hewan laut yang tidak dimakan semisal dengannya di darat seperti babi laut dan anjing laut, adalah haram[4]



[1] Ibnu Hajar al-Asqalany, Bulughul Maram, Mathba’ah al-Salafiyah, Mesir, Hal. 23

[2] Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 82

[3] Al-Suyuthi, al-Luma’ fi Asbab Wurud al-Hadits, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 32

[4] Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Maktabah Syamilah, Juz. 9, Hal. 32

Syeikh Muhammad Saleh Al Minankabawi Syeikhul Islam Perak Darul Redzuan

MENGENAI ulama yang berasal dari Minangkabau ini, masih terdapat beberapa perkara yang masih bersimpangsiur. Terdapat dua nama mengenai orang tuanya, iaitu Abdullah dan Muhammad Thaiyib. Ayahnya yang bernama Abdullah digunakan pada tiga buah karyanya yang telah ditemui. Nama Muhammad Thaiyib pula digunakan sewaktu beliau menjadi Syeikh al-Islam Perak Darul Redzuan.

Syeikh Muhammad Saleh dilahirkan di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera Barat. Muridnya bernama Muhammad Saleh Mandahiling, penulis buku biografinya yang menyebut bahawa Syeikh Muhammad Saleh lahir kira-kira pada tahun 1266 Hijrah. Penulis masih meragui tahun andaian itu, kerana beberapa fakta bertentangan dengan jalan sejarah yang ada hubungan dengannya. Syeikh Muhammad Saleh meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1351 Hijrah/12 Mac 1933 Masihi di Kuala Lumpur.

Dalam buku muridnya itu diceritakan bahawa Syeikh Muhammad Saleh bersahabat dengan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (lahir 1276 Hijrah), Syeikh Mukhtar Jawa/Bogor (lahir 1278 Hijrah) dan Syeikh Nawawi Bantan (1230 Hijrah). Berdasarkan perbandingan tahun kelahiran ulama-ulama yang tersebut dengan kelahiran Syeikh Muhammad Saleh (1266 Hijrah) itu, penulis berkesimpulan bahawa Syeikh Muhammad Saleh bukan sahabat Syeikh Nawawi Bantan tetapi beliau adalah muridnya. Kelahirannya yang diandaikan tahun 1266 Hijrah itu masih perlu dikaji semula, sekurang-kurangnya agak berdekatan dengan tahun kelahiran Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (1276 Hijrah) dan Syeikh Mukhtar Jawa/Bogor (1278 Hijrah) itu.

PENDIDIKAN

Syeikh Muhammad Saleh berangkat ke Mekah sejak berumur 6 tahun mendapat pendidikan daripada orang tuanya, Syeikh Muhammad Thaiyib @ Syeikh Abdullah, seorang Syeikh haji di Mekah. Beliau sempat belajar kepada ulama-ulama besar Mekah yang terkenal, iaitu Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Abu Bakar Syatha, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani, Saiyid Umar Ba Junaid, Saiyid Muhammad Said Babshail dan Saiyid Abdullah Zawawi.

Dalam buku biografinya tidak disebut seorang pun gurunya yang berasal dari dunia Melayu secara jelas, tetapi memperhatikan jalan ceritanya, Syeikh Muhammad Saleh juga belajar kepada ulama-ulama dunia Melayu yang terkenal di Mekah pada zaman itu. Diceritakan dalam buku itu bahawa sewaktu Syeikh Muhammad Saleh akan memperdalam ilmu falak bersama beberapa orang kawannya. Kawan-kawannya hanya belajar empat kali saja kerana guru tersebut terlalu keras. Nama guru falak yang diceritakan dalam buku itu tidak dinyatakan. Syeikh Muhammad Saleh sempat khatam belajar kepada guru yang keras itu. Demi lebih memperoleh kefahaman, beliau belajar pula kepada seorang pemuda yang berusia 16 tahun, juga tidak disebut namanya.

Daripada cerita di atas penulis berpendapat kemungkinan yang dimaksudkan guru falak yang terlalu keras itu ialah Syeikh Ahmad al-Fathani. Sedangkan pemuda ahli falak yang berusia 16 tahun itu, ialah Syeikh Muhammad Nur al-Fathani.

PENGEMBARAAN DAN AKTIVITI

Setelah belajar selama 17 tahun di Mekah, Syeikh Muhammad Saleh pulang ke Minangkabau. Selama kira-kira empat tahun di Minangkabau, digunakan untuk mengembara ke segenap pelosok wilayah itu, dan pada waktu-waktu tertentu membantu gurunya, Syeikh Muhammad Jamil mengajar. Pengembaraan di Minangkabau dimanfaatkannya pula berdakwah dan mengajar melalui pembacaan kitab, sama ada kitab bahasa Arab mahu pun bahasa Melayu.

Sewaktu berada di Minangkabau selama empat tahun itu, Syeikh Muhammad Saleh berkesempatan pula belajar ilmu persilatan dan beberapa jenis ilmu hikmat untuk pertahanan diri yang diperlukan pada zaman itu. Diceritakan bahawa dalam ilmu persilatan, beliau telah mencapai martabat seorang pendekar. Dalam ilmu perubatan beliau berkemampuan pula mengubati berjenis-jenis penyakit.

Syeikh Muhammad Saleh berangkat lagi ke Mekah kerana masih dirasakan kekurangan ilmunya dalam bidang-bidang tertentu, seperti ilmu falakiyah, ilmu manthiq, ilmu tafsir dan lain-lain. Setelah beberapa tahun belajar dan mengajar di Mekah, sahabat dan muridnya, Engku Kudin, putera Raja Deli-Serdang mengajak beliau menyebarkan Islam di kerajaan di Sumatera Timur itu. Selesai menunaikan haji tahun 1309 Hijrah/1892 Masihi, Syeikh Muhammad Saleh bersama jemaah haji menaiki kapal dari Jeddah ke Pulau Pinang.

Selanjutnya Syeikh Muhammad Saleh mengembara di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, mulai Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Johor. Di mana saja beliau pergi, beliau terus mendapat sambutan bukan hanya rakyat jelata tetapi juga para sultan setiap kerajaan yang tersebut itu.

Daripada pergaulan dengan sultan-sultan Melayu, Syeikh Muhammad Saleh berkesimpulan bahawa Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah, Sultan Riau-Lingga adalah sultan yang paling garang. Beliau mementingkan keindahan pakaian dan perhiasan serta menyukai kelazatan makanan dan minuman. Sultan Abu Bakar, Sultan Johor, adalah sultan yang cerdik, mengasihi rakyat dan mengutamakan kepentingan kerajaannya. Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, adalah sultan yang sangat alim pengetahuan Islamnya dan sangat bertakwa kepada Allah.

HAKIM DI KERAJAAN RIAU-LINGGA

Sebelum Syeikh Muhammad Saleh menjadi Syeikh al-Islam Perak, beliau pernah memegang jawatan Hakim di kerajaan Riau-Lingga. Pelantikan beliau sebagai Hakim Riau-Lingga adalah atas kehendak Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi.

Sebab-sebab Syeikh Muhammad Saleh diminta oleh Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi menjadi Hakim Riau-Lingga adalah untuk menjaga kewibawaan putera baginda, Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah, Sultan Riau-Lingga ketika itu. Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi dalam beberapa tahun merasa gelisah kerana beberapa perkara di mahkamah banyak yang tidak dapat diselesaikan. Ada yang tertangguh sekurang-kurangnya tiga tahun. Syeikh Muhammad Saleh dapat menyelesaikannya, beliau adalah seorang ulama yang bijaksana, amanah. Semuanya dapat beliau selesaikan.

Syeikh Muhammad Saleh terpaksa berpindah dari Riau, Pulau Penyengat ke Pulau Lingga untuk menjalankan tugasnya sebagai Hakim. Sewaktu Syeikh Muhammad Saleh memegang jawatan Hakim Riau-Lingga itulah salah seorang Kerabat Diraja Kerajaan Perak bernama Engku Raja Mahmud atau digelar dengan Imam Paduka Tuan Perak mengenalinya.

Engku Raja Mahmud mengkagumi kebijaksanaan Syeikh Muhammad Salehdalam menyelesaikan pelbagai isu, apatah lagi ulama yang berasal dari Minangkabau itu dapat menggabungkan pengetahuan yang bercorak duniawi dan ukhrawi. Dengan bermacam-macam cara Engku Raja Mahmud memujuk ulama itu supaya berkhidmat di negerinya di Perak Darul Redzuan.

MENJADI SYEIKH AL-ISLAM

Engku Raja Mahmud akhirnya berhasil mengajak Syeikh Muhammad Saleh berpindah ke Perak setelah dua tahun beliau bertugas sebagai Hakim di Riau-Lingga. Manakala Engku Raja Mahmud kembali ke Perak, beliau dilantik menjadi Kadi Besar Kerajaan Perak.

Syeikh Muhammad Saleh mulai mengajar pelbagai kitab-kitab Islam terutama kitab-kitab Melayu/Jawi di Kuala Kangsar pada tahun 1318 Hijrah/1900 Masihi. Sejak awal kedatangannya di Kuala Kangsar, beliau telah mendapat restu daripada Sultan Idris, Sultan Perak Darul Redzuan ketika itu.

Selain mengajar kitab untuk pengajian orang tua-tua, Syeikh Muhammad Saleh juga berhasil mendirikan Madrasah Ihsaniyah yang menurut sistem pendidikan persekolahan di Teluk Anson.

Cita-cita Sultan Perak untuk melantik seorang Syeikh al-Islam bermula tahun 1922 Masihi, namun secara rasminya Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi memegang jabatan itu pada 6 Jamadilakhir 1343 Hijrah/1 Januari 1925 Masihi.

KARYA-KARYA

1. Mawa'izhul Badi'ah, diselesaikan pada 24 Muharam 1335 Hijrah. Dicetak Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1344 Hijrah. Kandungannya merupakan nasihat dan akhlak yang diringkaskan daripada Mawa'izhul Badi'ah karya Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

2. Kasyful Asrar, diselesaikan pada hari Selasa, 27 Safar 1344 Hijrah. Cetakan yang pertama hingga cetakan yang ke 29 oleh Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah, Singapura. Kandungannya membicarakan tentang tasawuf haqiqat atau tasawuf falsafi. Karya ini pernah ditahqiq oleh Syeikh Haji Muhammad Wali al-Khalidi dengan judul Tanwirul Anwar fi Izhhari Khalal ma fi Kasyfil Asrar, diterbitkan oleh Al-Maktabatut Taufiqiyah, JalanPerdagangan No. 4 Atas, Banda Aceh. Kasyful Asrar juga pernah diubahsuai ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Menyingkap Rahsia Agama Dan Tasawuf, diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islam, Surabaya.

3. Jalan Kematian, diselesaikan 14 Jamadilakhir 1344 Hijrah. Dicetak pada bahagian akhir Kasyfur Asrar oleh Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah, Singapura.

4. Nashihatul Mubtadi, tanpa tarikh. Cetakan yang pertama Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1346 Hijrah/1927 Masihi. Kandungannya merupakan berbagai-bagai nasihat ke arah keteguhan pegangan dalam beragama Islam dan iman.

MURID-MURID

Murid beliau sangat ramai di seluruh Semenanjung, di antaranya termasuk Sultan Iskandar Syah, Sultan Perak. Yang pernah menulis riwayat hidup beliau ialah murid yang lama bergaul dengannya, beliau ialah Muhammad Saleh Mandahiling, Tapanuli. Buku tersebut diberi judul Izalatul Hairan fi Qshshah Syaikhil Islam Darir Ridhwan, judul bahasa Melayu ialah Menghilangkan Kehairanan Pada Menyatakan Cerita Syeikhul Islam Perak Darul Redzuan.

(sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm)


Kamis, 29 September 2011

Syeikh Mohammad Jamil Jaho (wafat 1360H)

Syeikh Mohammad Jamil Jaho , demikianlah nama lengkap bel iau dan terkenal dengan gelar "Angku Jaho" .Beliau berasal dari sebuah kampung Jaho di Padang Panjang Sumatera Barat. Sewaktu beliau bermukim di Makkah telah belajar fiqih Syafi`i, di antaranya kepada Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau, Mufti Syafi`i ketika itu di Makkah. Sepulangnya dari Makkah, beliau membuka pesantren di kampung Jaho Padang Panjang, yang sampai sekarang masih ada.

Beliau adalah seorang Ulama’ Besar yang membangun Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI) bersama-sama dengan kawan-kawan beliau. Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Syeikh ‘Abbas Qadi, Syeikh ‘Abdul Wahid Tabek Gadang dan lain-lain.

Pada Madrasah beliau Madrasah Tarbiyah Islamiyah Jaho diajarkan kitab-kitab fiqih Syafi`i dari tingkat rendah sampai tinggi, antara lain iaitu kitab-kitab :

1 . Matan Taqrib, karangan Abu Syuja'

2. Fathul Qarib, Syarah Alfaz At-Taqrib.

3. Fathul Muin, Syarah Fathul Qarib.

4 . Al-Mahalli, karangan Syeikh Jalaluddin Al-Mahalli

5. I’anatut Talibin, karangan Sayid Abi Bakar Syatha


Semuanya adalah kitab Fiqih Syafi’iyah yang dikarang oleh Ulama’-ulama’ Syafi’i yang terkemuka. Di dalam sekolah beliau Tarbiyah Islamiyah itu tidak pernah diajarkan kitab-kitab fiqih Mazhab-mazhab yang lain selain dari Syafi’i. Tiap-tiap tahun Madrasah Tarbiyah Islamiyah Jaho Padang Panjang, mengeluarkan ulama’-ulama’ Syafi`iyah tidak kurang 50 orang dan sekarang mengajarkan fiqih Syafi`iyah di pelusuk-pelusuk tanahair di Indonesia.


(Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas)

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

Nama dan Tempat Lahirnya:
Beliau adalah seorang yang alim, al-‘Allamah al-Muhaddis, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar , berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].

Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).

Pembesaran dan perjalanan hidup beliau:
Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafaz dari pelbagai matan-matan ilmu agama yang lain, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam [سنن ستة] dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi j ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Tidak cukup dengan ulama di negaranya bahkan dia telah merantau keseluruh pelusuk Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya daripada ulama setempat, oleh itu Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim disesuatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafii dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab beliau juga sangat arif pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya.

Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.

Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain dan usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddis Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim as-Said Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddis Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.
Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddis Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddis Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini.

Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jamik al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddis Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".
Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Sifatnya:
Syeikh Abdullah adalah seorang yang warak, tawadhuk, kuat mengerjakan ibadat, banyak berzikir, sentiasa menggunakan masanya untuk menyampaikan ilmu agama dengan mengajar dan berzikir, seorang yang zuhud sehingga susah untuk melihat beliau dalam satu masa dia tidak menggunakan masanya melainkan menyempurnakan masa tersebut untuk mengajar atau zikir atau membaca atau menyampaikan nasihat. Kuat berpegang dengan Kitab [al-Quran] dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu, sentiasa memerangi terhadap siapa sahaja yang melanggar syarak, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal makruf dan nahi munkar hinggakan golongan bidah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj Ahlus Sunnah hinggakan telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.

Penulisannya:
Syeikh Abdullah al-Harary sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana beliau amat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, di samping menentang golongan sesat yang mereka cipta perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap juga menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah antaranya ialah :

1. Syarah Alfiah As-Suyuthi.
2. Qosidah Fil I’tiqodi.
3. As-Shirothul Mustaqiim.
4. Ad-Dalilul Qawim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim.
5. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Asy-Syafii.
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik
7. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.
8. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib.
9. At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadis.
10. Nashratul Ta’aqqubil Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadis
11. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
12. Syarah Aqidah An- Nasafiyyah.
13. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafii.
14. Syarah Matan Abi Syujaa’ Fi Fiqhi Asy Syafii
15. Syarah As-Shirothil Mustaqiim.
16. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.
17. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.
18. Syarah Al-Baiquniyyah.
19. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.
20. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyah.
21. Kitab Ad-Durrin Nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.
22. Idzhar Al-‘Aqidah As-Sunniyyah bi Syarah al-‘Aqidah At- Thohawiyah.
23. At-Tahzir al-Wajib
24. Mandzumah “Nasihat At-Thullab”.
25. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady.
26. Risalah Fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.
27. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-‘Aqidah At-Tahawiyah.
28. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.
29. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh
30. Syarah As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah
31. Al’Aqidah Al-Munjiyyah
32. Syarah At-Tanbih
33. Syarah Manhaj At-Tullab.
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi

Kewafatannya:
Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 Masihi di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disembahyangkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan di makamkan berdekatannya.

Beliau adalah ulama yang hebat dan dikenali dengan gelaran Al-Muhaddith (ulama pakar Hadith), Syeikhul Islam dan sebagainya dari gelaran yang mulia. Rahimakallahu Ya Syeikh Abdullah Al-Harari.

(sumber : http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/09/peluangku-bertemu-wali-allah-syeikh.html)

Selasa, 27 September 2011

Kelebihan Meninggal Dunia pada Bulan Ramadhan dan hari Jum'at

TGK H JAFAR SIDDIQ ST HT mengatakan...
salam . Tolong penjelasan yg akurat tentang Orang yang meninggal . dalam bulan ramadhan .kemudahan apa saja yg di peroleh nya & Orang yang meninggal hari / malam jum'at apa kemudahannya

wasalam

Jawab :
I. Kemudahan Meninggal Dunia pada Bulan Ramadhan

Kami tidak/belum menemukan hadits yang secara khusus menjelaskan adanya kemudahan bagi orang yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan. Apabila ada pembaca yang mengetahuinya, baik hadits shahih maupun dha’if, maka kami akan sangat berterima kasih apabila berkenan menyampaikan itu kepada kami. Namun demikian, secara umum dapat dijelakan bahwa sesungguhnya Allah yang Maha Pencipta semua makhluk Yang Maha Tinggi telah melebihkan sebagian makhluk atas yang lainnya, dan memuliakan golongan tertentu yang dikehendakinya. Dia telah menciptakan manusia dan memuliakan para Nabi dari golongan manusia, Dia telah menciptakan berbagai tempat dan memuliakan mesjid sebagai tempat yang terpilih, dan menciptakan bulan-bulan dan memuliakan Ramadhan dari bulan-bulan tersebut. Allah Ta'ala berfirman:

Artinya : (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil (Q.S.al-Baqarah : 185)

Berikut ini beberapa hadits shahih yang menjelaskan keutamaan bulan Ramadhan, antara lain :

1. Sabda Rasulullah SAW

إذا دخل شهر رمضان فتحت أبواب السماء، وغلقت أبواب جهنم، وسلسلت الشياطين

Artinya : Apabila bulan Ramadhan datang, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutuplah pintu-pintu neraka serta dibelenggulah setan-setan. (H.R. Bukhari)[1]

2. Sabda Rasulullah SAW

ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Artinya : Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala kepada Allah, maka diampuni dosanya yang telah lampau.(H.R. Bukhari)[2]

Memperhatikan hadits-hadits di atas, diketahui bahwa secara umum bulan Ramadhan merupakan bulan rahmat dimana pintu syurga terbuka, syaithan terbelenggu dan keampunan terbuka lebar. Ini tentunya apabila ada amalan yang dikerjakan dengan sungguh-sungguh dan penuh harap hanya keridhaan Allah SWT. Dan tentunya apabila seorang muslim yang taqwa yang sedang beramal dalam bulan Ramadhan dengan keikhlasan dan mengharap keampunan dosa dari Allah, tiba-tiba meninggal dunia yang fana ini pada bulan ini, maka Insya Allah dia akan mendapat balasan yang berlimpah sesuai dengan janji-Nya.

II. Kemudahan meninggal dunia pada malam atau siang Jum'at

Adapun hadits yang menjelaskan keutamaan meninggal pada malam atau siang Jum’at antara lain telah sebut oleh al-Ghazali dalam al-Ihya, yaitu sabda Rasulullah SAW berbunyi :


من مات يوم الجمعة ﺍﻭﻟﻴﻟﺔ الجمعة ﻛﺘﺐ ﺍﷲ ﻟﻪ ﺃﺠﺭ ﺷﻬﻴﺩ وقي عذاب القبر

Artinya : Barangsiapa yang meninggal pada hari Jumat atau malamnya, niscaya dituliskan oleh Allah SWT baginya pahala syahid dan terpelihara dari fitnah kubur.[3]

Al-‘Iraqi memberitahukan bahwa hadits ini telah dikeluar oleh Abu Na’im dalam al-Haliyah dari hadits Jabir dengan kualiatas haditsnya dha’if.[4] Senada dengan hadits ini sabda Rasulullah SAW riwayat Turmidzi dari Rabi’ah bin Saif dari Ibnu Umar dengan lafazh :

ﻣﺎ ن ﻣﺴﻠﻡ ﻳﻣﻭﺖ يوم الجمعة ﺍﻭﻟﻴﻟﺔ الجمعة ﺇﻻ وﻗﺎﻩ ﺍﷲ ﻔﺘﻨﺔ القبر

Artinya : Tidak ada seorang muslim yang meninggal pada hari atau malam Jum’at kecuali Allah akan menjauhinya dari fitnah kubur (H.R. Turmidzi, beliau mengatakan, hadits ini gharib dan isnadnya tidak bersambung)[5]

Hadits riwayat Turmidzi di atas tidak bersambung sanadnya karena Rabi’ah bin Saif tidak mendengar hadits dari Ibnu Umar. Namun demikian, menurut keterangan al-‘Iraqi hadits ini telah di-washal (bersambung sanad) oleh Turmidzi al-Hakim dalam kitab al-Nawadir dengan menambah nama ‘Iyadh bin ‘Aqabah al-Fahry di antara keduanya (Rabi’ah bin Saif dan Ibnu Umar).[6]

Abu Ya’la juga ada meriwayat hadits yang senada dengan hadits di atas dari Anas bin Malik dengan lafazh Rasulullah SAW bersabda :

من مات يوم الجمعة وقي عذاب القبر

Artinya : Barangsiapa yang meninggal pada hari Jumat, niscaya terpelihara dari azab kubur (H.R. Abu Ya’la, menurut keterangan al-Haitsami, pada hadits ini ada Yazid al-Riqasyi dan dia diperkatakan)[7]

Menurut hemat kami, meskipun hadits-hadits di atas adalah dhaif, tetapi telah datang hadits-hadits tersebut dalam jalur yang berbeda sehingga satu sama lainnya saling menguatkan, apalagi hadits riwayat Turmidzi di atas telah datang pada jalur lain dengan jalan muttashil (bersambung) sebagaimana telah dijelakan di atas. Dengan demikian, boleh dijadikan pegangan dalam menjelaskan keutamaan hari atau malam Jum’at. Lebih-lebih lagi sebagaimana dimaklumi banyak hadits-hadits shahih yang secara umum menjelaskan bahwa hari Jum’at merupakan hari yang mempunyai keutamaan dibandingkan hari lain lainnya, antara lain :

خير يوم طلعت عليه الشمس يوم الجمعة. فيه خلق آدم. وفيه أدخل الجنة. وفيه أخرج منها

Artinya : Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jum’at, hari Adam diciptakan, dimasukkan Surga dan dikeluarkan darinya.(H.R. Muslim)[8]



[1] Bukhari, Shahih al-Bukhari, Dar Thauq al-Najh, Juz. III, Hal. 25, No. hadits : 1899

[2] Bukhari, Shahih al-Bukhari, Dar Thauq al-Najh, Juz. III, Hal. 26, No. hadits : 1901

[3] Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin, Thaha Putra, Semarang, Juz. I, Hal. 179

[4] Al-Zabidi, Ittihaf Sadaatul Muttaqin bi Syarh Ihya Ulumuddin, Muassasah Tarikh al-Arabi< Beirut, Juz. III, Hal. 217

[5] Turmidzi, Sunan al-Turmidzi, Thaha Putra, Semarang, Juz. II, Hal. 268-269

[6] Al-Zabidi, Ittihaf Sadaatul Muttaqin bi Syarh Ihya Ulumuddin, Muassasah Tarikh al-Arabi< Beirut, Juz. III, Hal. 217

[7] Al-Haitsami, Majma’ al-Zawaid, Darul Fikri, Beirut, Juz. III, Hal. 58

[8] Imam Muslim, Shahih Muslim, Maktabah Dahlan, Indonesia, Juz. II, Hal. 585, No. Hadits : 854



Jumat, 23 September 2011

Masalah hadits adanya haji akbar

Sebagian umat Islam menganggap bahwa kalau pelaksanaan wuquf di Arafah pada waktu pelaksanaan haji bertepatan dengan hari Jum’at, maka haji itu disebut dengan haji akbar, dimana pahalanya lebih utama dari haji lainnya, yakni sebanding dengan tujuh puluh kali haji lainnya. Mereka berargumentasi dengan sabda Nabi SAW berbunyi :

خير يوم طلعت فيه الشمس يوم عرفة وافق يوم جمعة وهو أفضل من سبعين حجة في غيرها

Artinya : Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah Hari ‘Arafah yang bertepatan dengan Hari Jum’at. Ia lebih utama dari tujuh puluh haji lainnya.

Berikut ini keterangan ulama mengenai hadits ini, antara lain :

1. Ibnu Hajar al-Asqalany mengatakan :

Adapun hadits yang disebut oleh Raziin dalam kitab Jaami’nya secara marfu’ : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah Hari ‘Arafah yang bertepatan dengan Hari Jum’at. Ia lebih utama dari tujuh puluh haji lainnya”, aku tidak mengenal keadaannya, karena beliau tidak menyebut yang mempunyai hadits itu dan tidak menyebut juga orang yang mentakhrijnya”[1]

2. Al-Shakhawi mengatakan :

Raziin menyendiri dalam mendatangkan hadits tersebut (hadits tersebut di atas). Beliau tidak menyebut yang mempunyai hadits itu dan tidak menyebut juga orang yang mentakhrijnya.”[2]

Meskipun hadits di atas tidak dapat dipertanggungjawabkan keshahihannya, al-Shakhawi menjelaskan setelah itu, bahwa keutamaan wuquf di Arafah yang bertepatan dengan dengan Hari Jum’at dapat dipahami dengan keutamaan umum ibadah pada Hari Jum’at karena keutamaan ibadah bisa terjadi karena faktor tempat dan waktu, sebagaimana banyak hadits mengenai ini, antara lain :

خير يوم طلعت عليه الشمس يوم الجمعة

Artinya : Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah Hari Jum’at (H.R. Muslim)[3]

Senada dengan penjelasan al-Shakhawi yang terakhir ini, juga telah dijelaskan oleh al-Munawy dalam kitab beliau, Faidh al-Qadir[4]



[1] Al-Munawy, Faidh al-Qadir, Mauqa’ Ya’sub, Juz. III, Hal. 659

[2] Al-Shakhawi, al-Maqashid al-Hasanah, Dar al-Rayyah, Riyadh, Hal. 1127

[3] Imam Muslim, Shahih Muslim, Darul Ihya al-Turatsi al-Arabi, Beirut, Juz. II, Hal. 585, No. Hadits : 854

[4] Al-Munawy, Faidh al-Qadir, Mauqa’ Ya’sub, Juz. III, Hal. 659

Kamis, 22 September 2011

Syeikh-Jalaluddin-al-Asyi , Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

KHUSUS tentang artikel hari ini, saya mulai daripada sebuah manuskrip salinan Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu pada 8 Zulhijjah 1413 H/9 Jun 1992 M di Kampung Pusin, Jala. . Haji Mahmud mencatat bahawa As-Syeikh al-‘Alim al-Allamah al-Faqih Jalaluddin walid (ayah) al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad Zain al-Asyi. Tarikh 14 Safar 1413 H/13 Ogos 1992 M, ketika saya diberi kepercayaan meneliti manuskrip nadir dan mengkatalogkan khazanah di Muzium Islam Pusat Islam, terjumpa pula beberapa manuskrip karya beliau. Ternyata nama ayah beliau yang tertulis pada kitab Jam’u Jawami’ al-Mushannafat telah keliru cetak. Pada manuskrip karya beliau yang berjudul Hujjat al-Balighah, tertulis nama lengkapnya iaitu Faqih Jalaluddin ibnu asy-Syeikh Kamaluddin ibnu al-Qadhi Baginda Khathib at-Tarun Pasir. Yang berbeza ialah nama Jalaluddin (pada Jam’u Jawami’ al-Mushannafat) dan Kamaluddin (pada Hujjah al-Balighah). Kegiatan pendidikan Islam, dakwah dan penulisan kitab yang pernah dilakukan oleh Syeikh Faqih Jalaluddin disambung oleh anak beliau Syeikh Muhammad Zain yang mempunyai banyak karangan di antaranya Bidayatul Hidayah. Masih ditahap penelitian, kemungkinan Syeikh Sirajuddin juga anak Syeikh Faqih Jalaluddin. Informasi pada mukadimah ini saya simpulkan bahawa sama ada Faqih Jalaluddin sendiri mahu pun anak beliau Syeikh Muhammad Zain, juga Syeikh Sirajuddin adalah sama-sama penting dan perlu pengemaskinian pendokumentasian tentang mereka.

PENDIDIKAN

Dipercayai ayah beliau ialah Syeikh Kamaluddin dan datuk Qadhi Baginda Khathib at-Tarun Pasir, kedua-duanya adalah ulama besar, terkenal dan berpengaruh di Aceh pada zamannya. Oleh itu Faqih Jalaluddin menerima pengajian Islam tradisional daripada kedua-duanya. Bagaimanapun dipercayai bahawa beliau juga belajar dengan beberapa orang ulama terkenal di Aceh yang lainnya. Dalam sebuah kitabnya ada dicatatkan bahawa beliau menerima Tarekat Syathariyah dan Tarekat Qadiriyah daripada gurunya Arif Billah Baba Daud bin Ismail al-Jawi bin Agha Mustafa ar-Rumi. Beliau ini adalah murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Baba Daud bin Ismail al-Jawi inilah orang pertama menyalin tafsir al-Quran yang ditulis oleh gurunya itu, dan beliau pula yang menyelesaikan tafsir itu sehingga menjadi lebih lengkap dan lebih sempurna. Memerhatikan sangat rapat dan mesranya hubungan antara Syeikh Faqih Jalaluddin dengan gurunya, Baba Daud al-Jawi itu, sedangkan Baba Daud al-Jawi pula adalah murid kepercayaan Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, maka diyakini bahawa Syeikh Faqih Jalaluddin sempat pula menerima ilmu-ilmu dari Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri secara langsung.

KARYA DAN PEMIKIRAN

Kemudian Faqih Jalaluddin melanjutkan pelajaran ke India dan Mekah. Oleh sebab Syeikh Faqih Jalaluddin seorang ulama besar Aceh pada zamannya, maka beliau dilantik sebagai Kadi Malikul Adil dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Maharaja Lela Ahmad Syah (1139 H/1727 M – 1147 H/1735 M) juga pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Johan Syah (1147 H/1735 M -1174 H/1760 M). Aktiviti Faqih Jalaluddin selain sebagai menjadi pengarang beberapa buah kitab, dipercayai juga merupakan seorang ulama yang berpengaruh di istana kesultanan Aceh. Selain itu Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Ahmad Syah sentiasa merujuk sesuatu perkara kepada beliau. Mungkin sultan yang tersebut, bahkan termasuk keluarga istana adalah murid Faqih Jalaluddin itu. Karya Faqih Jalaluddin yang pertama diberi judul Hidayah al-Awam Pada Menyatakan Perintah Agama Islam. Kitab ini adalah tentang fiqh yang ringkas. Pada mukadimah Hidayah al-Awam, Syeikh Faqih Jalaluddin bahawa,”… pada hijrah Nabi seribu seratus empat puluh, pada lima hari bulan Muharam (5 Muharam 1140 H/23 Ogos 1727 M, pen:) zaman Paduka Seri Sultan, yang besar kerajaannya, lagi yang maha tinggi darjatnya, iaitu Sultan Alauddin Ahmad Syah Johan berdaulat Zhillullah fi al-Alam, adamullahu daulatahu, Amin, maka tatkala itu meminta kepada faqir yang hina Khadim al-Ulama (yang berkhidmat pada ulama), Haji Jalaluddin… oleh seorang sahabat raja itu, yang takut akan Allah Taala, bahawaku suratkan baginya suatu risalah yang simpan (maksudnya: risalah yang ringkas, pen:). Maka aku namai akan dia Hidayah al-‘Awam …” Selain ilmu fiqh yang ringkas Faqih Jalaluddin al-Asyi juga menulis ilmu fiqh yang tebal dan lengkap yang diberi judul Safinat al-Hukkam fi Talkhish al-Khisham, dimulakan penulisannya bulan Muharam, hari Jumaat 1153 H/1740 M. Kitab ini dikarang atas perintah Sultan Alauddin Johan Syah. Barangkali kitab inilah yang terbesar di antara karyanya. Naskhah masih berupa tulisan tangan. Kandungannya fiqh menurut Mazhab Syafi’ie, membicarakan istilah-istilah, peringatan untuk golongan hakim yang zalim dan beberapa kaedah, semuanya tersebut pada mukadimah. Termasuk dalam kategori ilmu fiqh juga ialah karya beliau judul Hujjah al-Balighah ‘ala Jama’ah al-Mukhasamah. Pada mukadimah Faqih Jalaluddin menulis: “Ada pun kemudian dari itu, maka tatkala Hijrah Nabi s.a.w seratus lima puluh delapan tahun, kemudian daripada seribu pada empat hari bulan Muharam, waktu Dhuha, hari Sabtu (4 Muharam 1158 H/1745 M) zaman Saiyidina wa Maulana Paduka Seri Sultanah Alauddin Jauhar Syah, Syah Berdaulat Zhillullah fi al-Alam, telah meminta kepadaku setengah daripada kekasihku, salah seorang daripada pengawal sultan yang tersebut itu, bahawa ku suratkan baginya risalah yang simpan pada menyatakan dakwa, dan baiyinah, dan barang yang bergantung dengan keduanya. Ku perkenankan pintanya, dan ku suratkan baginya risalah ini …” Pada penghabisan kitab beliau mencatat, Tamat al-kitab Hujjah al-Balighah ‘ala Jama’ah al-Mukhasamah karangan faqir yang hina Faqih Jalaluddin ibnu asy-Syeikh Kamaluddin ibnu al-Qadhi Baginda Khathib at-Tarun Pasir… pada 27 Rabiulakhir, waktu Dhuha pada zaman Alauddin Jauhar Syah, pada hijrah seribu seratus lima puluh delapan tahun… (27 Rabiulakhir 1158 H/1745 M). Karya Faqih Jalaluddin al-Asyi dalam bidang tasawuf pula sekurang-kurangnya terdapat dua judul ialah Manzhar al-Ajla ila Martabah al-A’la. Salah sebuah salinan manuskrip diselenggarakan oleh Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu, selesai penyalinan pada tahun 1273 H/1856 M. Kitab Manzhar al-Ajla …, Faqih Jalaluddin Aceh tersebut diselesaikan pada tahun 1152 H/1739 M. Beliau nyatakan bahawa beliau dititah oleh Sultan Alauddin Johan Syah ibnu as-Sultan al-Marhum Ahmad Syah.

Karya tasawuf

Karya tasawuf judul yang lain pula ialah Asrar as-Suluk ila Malail Muluk. Dalam naskhah tidak tersebut nama pengarang tetapi dapat dipastikan sebagai karya Faqih Jalaluddin al-Asyi adalah berdasarkan salasilah pada kalimat, “… telah mengambil zikir, dan talkin, dan khirqah, dan khalifah, fakir yang mengarang risalah ini daripada syeikhnya yang ahli az-zauq, lagi Arif Billah, iaitu Syeikh Daud ibnu Ismail qaddasallahu sirrahu, dan ia mengambil dari (Syeikh) Abdur Rauf …” Bererti pengarang adalah murid Baba Daud ibnu Ismail ar-Rumi, bahawa perkara ini juga disebut oleh Faqih Jalaluddin bin al-Asyi dalam karyanya Manzar al-Ajla … Kandungan keseluruhannya membicarakan tasawuf peringkat tinggi dan berbagai-bagai tarekat. Disebutkan bahawa asal tarekat dalam dunia ada empat belas, semua nama tarekat disebutkan secara terperinci. Dari kelima-lima karya Faqih Jalaluddin al-Asyi yang dijumpai dapat diketahui dengan jelas bahawa beliau mengarang adalah atas permintaan daripada sultan. Dari maklumat ini dapat kita ambil kira bahawa buah fikiran beliau sebagai seorang ulama besar pada zamannya sangat diperlukan oleh pihak kerajaan. Pada bahagian mukadimah kitab Hujjah al-Balighah, Syeikh Jalaluddin al-Asyi menampakkan dirinya sebagai seorang ulama yang tegas, bahawa undang-undang kadi menurut ajaran Islam mesti dilaksanakan. Hujjah al-Balighah beliau ertikan dengan “kata yang tiada berlawan.” Untuk melaksanakan perkataan yang tidak boleh dilawan itu beliau mentertibkannya atas tiga bahagian, iaitu: 1. Pada menyatakan kadi dan barang yang bergantung dengannya. 2. Pada menyatakan dakwa dan baiyinah dan barang yang bergantung dengannya. 3. Pada menyatakan saksi dan sumpah dan barang yang bergantung dengannya. Faqih Jalaluddin menafsirkan hadis Nabi s.a.w. yang maksudnya bahawa kadi itu tiga perkara, dua perkara isi neraka dan satu perkara isi syurga. Kata beliau: “Maka dua perkara isi neraka itu iaitu; Pertama kadi yang jahil, tiada baginya ilmu, jikalau mufakat hukumnya itu dengan kebenaran sekali pun tiada jua sah hukumnya itu dengan sebab meninggalkan daripada belajarnya …” Mengenai perkara ini beliau kemukakan dua hadis Nabi s.a.w. sebagai dalilnya. Satu diantaranya, menurut beliau lafaz di bawah ini adalah hadis, iaitu: “Barangsiapa tiada guru baginya maka syaitanlah gurunya.” Sabda Nabi itu beliau tafsirkan, barangsiapa ada gurunya itu syaitan, maka tiada lagi syak akan dia isi neraka. Kadi jenis yang kedua, menurut Faqih Jalaluddin al-Asyi, ialah: “Yang alim, yang ia tiada menghukum seperti yang dalam ilmunya … “Kadi golongan yang ketiga ialah: “Yang alim, yang ia menghukum seperti hukum yang dalam ilmunya.” Setelah itu, Faqih Jalaluddin al-Asyi memberikan peringatan, katanya, “Ingat-ingat kiranya yang memberi fatwa, maka adalah bahaya yang besar pada memberi fatwa itu belum lagi tahqiq sesuatu masalah daripada hadis, dan dalil, atau daripada kitab segala ulama. Maka janganlah difatwakan sekali-kali akan dia …”

KETURUNAN DAN KESIMPULAN

Keturunan Faqih Jalaluddin yang lengkap masih dalam penyelidikan. Apa yang pasti anak beliau yang menjadi ulama besar dan menghasilkan beberapa karangan ialah Syeikh Muhammad Zain al-Asyi. Keturunan Syeikh Muhammad Zain al-Asyi selanjutnya belum dapat maklumatnya. Ada lagi seorang ulama Aceh, Sirajuddin bin Jalaluddin al-Asyi, belum jelas apakah beliau juga adalah anak Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi yang diriwayatkan ini. Hanya dua karangan Syeikh Sirajuddin bin Jalaluddin al-Asyi yang dijumpai, masih dalam berupa manuskrip. Sebuah koleksi yang tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia, nombor kelasnya MS 1530, belum diketahui judul, kerana pengarangnya Syeikh Sirajuddin bin Jalaluddin al-Asyi tidak menyebut tentang itu.


Sumber: http://www.2lisan.com/1554/biografi-syeikh-jalaluddin-al-asyi/

Hadits ;Tidak memenuhi-KU oleh langit dan tidak juga oleh bumi, tetapi memenuhiku oleh hati hamba-Ku yang mukmin.

Berikut pendapat ulama mengenai hadits di atas, antara lain :

1. Dalam al-Fatawa al-Haditsah disebutkan bahwa Ibnu Hajar al-Haitamy ditanyai siapa yang meriwayatkan hadits :

ما وسعني سمائي ولا أرضي ووسعني قلب عبدي المؤمن

Artinya : Tidak memenuhi-KU oleh langit dan tidak juga oleh bumi, tetapi memenuhiku oleh hati hamba-Ku yang mukmin.

Beliau menjawab dengan perkataannya :

“Tidak ada asal dari Nabi, tetapi hanya disebutkan dalam Israilliyat”. [1]

2. Abdurrahman al-Syaibany al-Syafi’i al-Atstsari mengatakan :

“Hadits tersebut (hadits di atas), al-Ghazali telah menyebutnya dalam al-Ihya. Al-‘Iraqi mengatakan, “Aku tidak pernah melihat asal hadits itu”. Seperti itu juga dikatakan oleh Ibnu Taimiyah. Hadits tersebut hanya disebut dalam Israiliyyat, tidak ada isnad yang ma’ruf dari Nabi SAW.”[2]



[1] Ibnu Hajar al-Haitamy, al-Fatawa al-Haditsah, Darul Fikri, Beirut, Hal. 206

[2] Abdurrahman al-Syaibany al-Syafi’i al-Atstsari, Tamyiz al-Thaib min al-Khabits, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, Hal. 150