Kamis, 29 September 2011

Syeikh Mohammad Jamil Jaho (wafat 1360H)

Syeikh Mohammad Jamil Jaho , demikianlah nama lengkap bel iau dan terkenal dengan gelar "Angku Jaho" .Beliau berasal dari sebuah kampung Jaho di Padang Panjang Sumatera Barat. Sewaktu beliau bermukim di Makkah telah belajar fiqih Syafi`i, di antaranya kepada Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau, Mufti Syafi`i ketika itu di Makkah. Sepulangnya dari Makkah, beliau membuka pesantren di kampung Jaho Padang Panjang, yang sampai sekarang masih ada.

Beliau adalah seorang Ulama’ Besar yang membangun Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI) bersama-sama dengan kawan-kawan beliau. Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Syeikh ‘Abbas Qadi, Syeikh ‘Abdul Wahid Tabek Gadang dan lain-lain.

Pada Madrasah beliau Madrasah Tarbiyah Islamiyah Jaho diajarkan kitab-kitab fiqih Syafi`i dari tingkat rendah sampai tinggi, antara lain iaitu kitab-kitab :

1 . Matan Taqrib, karangan Abu Syuja'

2. Fathul Qarib, Syarah Alfaz At-Taqrib.

3. Fathul Muin, Syarah Fathul Qarib.

4 . Al-Mahalli, karangan Syeikh Jalaluddin Al-Mahalli

5. I’anatut Talibin, karangan Sayid Abi Bakar Syatha


Semuanya adalah kitab Fiqih Syafi’iyah yang dikarang oleh Ulama’-ulama’ Syafi’i yang terkemuka. Di dalam sekolah beliau Tarbiyah Islamiyah itu tidak pernah diajarkan kitab-kitab fiqih Mazhab-mazhab yang lain selain dari Syafi’i. Tiap-tiap tahun Madrasah Tarbiyah Islamiyah Jaho Padang Panjang, mengeluarkan ulama’-ulama’ Syafi`iyah tidak kurang 50 orang dan sekarang mengajarkan fiqih Syafi`iyah di pelusuk-pelusuk tanahair di Indonesia.


(Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas)

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar