Selasa, 29 Maret 2011

Syeikh Muda Wali (wafat 1380H)

Syeikh Haji Muda Wali bin Syeikh H. Muhammad
Salim, Asy-Syafil AI-Khalidi . Beliau lahir di Labuhan Haji,
Acheh Selatan, pada sekitar tahun 1907M. dan wafat 28
Mac 1961, bersamaan dengan 10 Sya`aban 1380H.
Pada waktu remaja belajar agama kepada :
1. Syeikh H.M. Salim Acheh Selatan, ayah beliau
sendiri.
2. Syeikh M. Idris Acheh Selatan.
3. Syeikh M. ‘Ali Lampisang, Acheh Besar.
4. Syeikh Mahmud Blang Pidi .
5. Syeikh H. Hasan Kureng Kale, Acheh Besar.
6. Syeikh Hasbullah Indrapuri, Acheh Besar.
7. Syeikh ‘Abdul Ghani Al-Khalidi Batu Basurek,
Bangkinang Sumbar.
8. Dan lain-lain Ulama’-ulama’ Besar.
Beliau naik haji ke Makkah, dan setibanya kembali di
Indonesia lantas mendirikan Madrasah Tarbiyah Islamiyah
di Labuhan Haji. Tidak lama kemudian memperkembangkan
perguruannya dengan mendirikan Dayah (pesantren) di
Blang Proh Labuhan Haji Acheh Barat, yang luas
kompleknya 1 Km. persegi dengan nama "Darussalam fi
Manbail ilmi wal Hikam". Bahagian yang tertinggi dari
madrasah beliau diberi nama "Bustanul Muhaqiqiin" (Kebun
orang-orang yang memperdalam ilmu-ilmu pengetahuan).
Beliau adalah seorang yang sangat kukuh dan kuat
menyebarkan, mempertahankan Agama atas dasar
Mazhab Syafi’i dan juga menyebarkan faham
Ahlussunnah wal Jama`ah dalam i’tiqad. Bukan
beratus, tetapi beribu-ribu murid beliau yang diasuh
dan dididik dalam Ibadat Islamiyah menurut dasar
Mazhab Syafi'i, tasawuf menurut dasar Tariqat
Naqsyabandi Al-Khalidi. Acapkali beliau menuliskan
namanya dengan Tuanku Muda Wali Asy-Syafi’i, Al-
Asy`ari, Al-Khalidi (Syeikh Muda Wali penganut Mazhab
Syafi`i dan faham Ahlussunnah wal Jama`ah dengan
Tasawuf Tariqat Al-Khalidi An-Naqsyabandi).
Sesudah beliau wafat pada tahun 1380 (1961M.)
maka perguruan beliau dipimpin oleh anak beliau
Muhibbuddin Wal i, Jamaluddin Wal i dan murid beliau,H. Imam
Syamsuddin Blang Poroh.
Murid-murid beliau yang telah menjadi kader--
kader Islam Syafi’iyah yang sekarang menjadi guruguru
agama di pelusuk-pelusuk Acheh sudah banyak
sekali di antaranya :
1. Tengku Syeikh Adnan Mahmud Bakongan Acheh.
2. Tengku Syeikh Qamaruddin Taunon Acheh Barat.
3. Tengku Syeikh ‘Utsman Al-Fauzi Cot Iri Acheh
Besar.
4. Tuanku Idrus Batu Basurek Bangkinang.
5. Tuanku Labai Sati Malalo Padang Panjang,
Sumbar.
6. Tengku Mohd. Daud Zamzamy, Acheh Besar.
7. Tengku Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Saleh, Samalanga
Acheh Utara.
8. Tengku Syeikh Mohd. ‘Isa Pudada Acheh Utara.
9. Tengku Mohd. Amin Blang Bladeh Acheh Utara.
10. Tengku Syeikh Syahbuddin Syah Keumala, Acheh
Utara.
11. Tengku Syeikh Jamaluddin Teupin Puiti Lho Sukum.
12. Tengku Syeikh Ahmad Blang Nibong Acheh Utara.
13. Tengku Syeikh Nawawi Harahap Tapanuli.
14. Tengku Ja` far Siddi k Kota Cane.
15. Tengku Amin ‘Umar Panton Labu Acheh Utara.
16. Tengku ‘Abbas Parembeu Acheh Barat.
17. Tengku Syeikh Mohd. Daud Gayo Acheh Pidi.
18. Tengku Syeikh Ahmad Lam Lawi Acheh Pidie.
19. Tengku Abu Bakar Sabil Alu Tampak Acheh Barat.
20. Tengku ‘Abdul lah Tanoh Mirah Biereu.
21. Dan l ain- lain ba ny ak lag i .

Pendeknya dapat dikatakan bahawa Tengku Syeikh
Muda Wali adalah seorang Ulama’ Syafi’iyah yang
besar, yang membentuk banyak ulama’-ulama’
Syafi`iyah yang siap sedia selalu menegakkan faham
Mazhab Syafi`i di Acheh dan di seluruh Indonesia.
Pada masa hidup beliau, Tengku Muda Wal i
menggabungkan diri dengan Parti Islam Perti
bersama-sama Tengku H. Hasan Kureng Kalee.

Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas

Tidak ada komentar:

Posting Komentar